Kerja Sekolah 5/2 – Kids Toys Factory Outlet


Final project design semester 5 di bawah jagaan Pn. Yusnita Azira tahun 2oo7, Kids Toys Factory Outlet.

Akhir sekali projek design ni memang mencabar kesabaran untuk menyiapkannye. Disebabkan masa ni aku buat pakai manual, maka x bleh la nk upload hasil sebenarnya.

Image yang ada dalam ni adalah  selepas aku men-3d-kan balik design asal aku. Memang menyesal betul masa tu sebab x pakai fully computer buat design ni. Hasilnya, presentation board aku masuk galeri senibina dan sampai sudah aku x pergi ambik.

Banyak jugak issue dan kritikan dari lecturer di sebabkan  ramai muka2 lecturer baru masa tu. Antaranya adalah design layout sebelum ini dengan yang final ni x sama. Pening jugak aku nak meng-explain-kan kat lecturer masa tuh. Design reference masa ni terlalu banyak sampai aku masukkan semua influence2 design aku tuh. Nasib baik lah everything under control.hee.

Bila dah di 3d-kan memang senang nak menggambarkan situasi sebenar design ni. Masa aku buat pakai manual dulu, susah betul nak menggambarkan suasana bangunan ni.

Konsepsi design aku dalam bangunan ni adalah ; ‘ Everything is Playground’  sesuai dengan function bangunan ni sebagai kids toys factory outlet. Paling aku suka sekali ialah elevated open courtyard kat tengah dan roof garden. Kebanyakan features2 dalam bangunan ni aku dapat ilham dari Le Corbusier dalam bangunan beliau Villa Savoye. Cuma bezanya effek cahaya dalam kebanyakkan design Le Corbusier menggunakan cahaya semulajadi.

Kat area drop off area aku ada masukkan sket features water fall. Aku dapat inspirasi dari The Falling Water rekaan Frank Lloyd Wright. Bezanya aku gunakan water features sebagai tirai atau ‘ natural  shading devices’ untuk bangunan ni kelihatan sejuk.

Hobnob? Aku pon x ingt dah maksud dia apa..try tengok kamus english-bahasa baru ar tau.

Perasan x kat belakang perkataan hobnob tu ialah akurium ikan. Cuba bayangkan ada ikan bergerak2 kat belakang perkataan hobnob. Tambahan lagi akurium tu atas bawah kiri kanan depan belakang translucent plak tuh. Boleh dilihat dari semua sudut.

Next time aku try upload presentation board full punya. Kurang seronok kalau tengok bangunan tanpa plan dan keseluruhannya.he.

//

Author: iskandaribrahim

Mohd Iskandar Ibrahim Architecture Visualizer. Kuala Lumpur, Malaysia lockheartlibra@gmail.com

2 thoughts on “Kerja Sekolah 5/2 – Kids Toys Factory Outlet”

Leave a comment